Sedar atau tidak, YouTube telah menjadi satu media perantaraan sesetengah orang untuk berkongsi saat-saat gembira bersama rakan atau keluarga. Tak terkecuali YouTube juga menjadi bahan untuk menonton muzik video terbaru dan filem terbaru yang dikeluarkan. Dengan YouTube Video, korang boleh bermain dengan code untuk mendapatkan kepuasan yang tak terhingga. Oleh itu, sila teruskan pembacaan korang pada entri ini.
Menonton Dengan Kualiti HD/HQ
Kira-kira setahun yang lepas, YouTube telah mengumumkan sokongan terhadap video HD/HQ untuk diupload. Untuk menonton terus video tersebut didalam versi HD/HQ, masukkan code dibawah.
fmt=18 (stereo, 480 x270), atau &fmt=22 for stereo, 1280 x 720
Embed HD/HQ Video Pada Blog
Langkah dibawah untuk membantu korang menonton video dalam HD/HQ. Untuk memasukkannya kedalam Blog, masukkan code dibawah pada penghujung code.
& ap=%3D18%2526fmt (stereo, 480 x270 ), atau &ap=%3D22%2526fmt for stereo, 1280 x 720
Mainkan Video Pada Masa Tertentu
Jika korang ingin berkongsi satu adengan yang berada pada pertengahan video dan video itu terlalu panjang dah agak berat untuk load, korang boleh tetapkan masa untuk memudahkan pada sesiapa yang mahu menontonnya. Tambah code dibawah pada akhir URL video.
#t=XXmYYs (XX=Minit, YY=Saat)
Menyorokkan Search Box
Jika korang berkongsi video, ia akan disertakan satu kotak carian. Untuk mengnyahaktifkan kotak carian tersebut, tambahkan code dibawah didalam embed code yang korang telah salin.
&showsearch=0
Membuat Video “AutoPlay”
Untuk membuat video tersebut autoplay, seperti langkah-langkah sebelum ini, iaitu masukkan code dibawah pada embed code yang telah disalin.
&autoplay=1
Mengaktifkan Playback Video
Langkah ini akan membuat video tersebut akan dimainkan secara berulang-ulang tanpa berhenti. Bagaimana nak buat? Tambahkan saja code dibawah pada penghujung code.
&loop=1
Tonton Video Yang Telah DiBlock /Restricted
Sesetengah negara tidak akan dapat menonton video yang diupload kerana ia telah dihadkan pada negara tersebut. Gunakan code dibawah bagi mereka yang berhajat untuk menonton Video yang telah diblock/restricted, gunakan cara dibawah.
URL Default Youtube = http://www.youtube.com/watch?v=video_ID
URL Youtube yang telah diunblock – http://www.youtube.com/watch/v/video_ID
No comments:
Post a Comment